Isu kemasukan pekerja asing ke negara bagi memenuhi permintaan pemain industri serta isu perkhidmatan kesihatan menjadi tumpuan di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah usaha yang diambil untuk mempercepatkan kemasukan pekerja asing.